English   |    B.Malaysia
Teknologi 'Thin Film'

Meskipun tahap kecekapan Teknologi PV 'Thin Film' adalah rendah, tetapi ia mampu menggunakan sinaran cahaya sekeliling untuk menjana kuasa elektrik. Berbanding dengan sel Crystalline yang mempunyai kecekapan 18%, sel-sel solar Thin Film hanya mempunyai tahap kecekapan semaksimum 16%.


Kelebihan Panel 'Thin Film':

1.   Tidak memerlukan bahan yang banyak dan lebih murah;
2.   Mampu menjana tenaga elektrik dengan sinaran suria yang rendah;
3.   Boleh menjana tenaga elektrik dalam keadaan cuaca mendung.


Diperbuat daripada bahan Amorphous Silicon, Cadmium Telluride atau Cadmium Indium Gallium Selenide, 'Thin Film' ini dikilangkan dalam bentuk bergulung di mana bahan Photovoltaic disalutkan ke atas permukaan yang terdiri daripada bahan polimer. Melalui kaedah ini, 'Thin Film' menjadi lutsinar dan mempunyai beberapa lapisan berbeza supaya ianya dapat menyerap cahaya pada jarak gelombang yang berbeza.


Di Malaysia, kurang penggunaan Solar PV daripada jenis 'Thin Film'. Namun melalui peningkatan tahap kecekapannya, penggunaan teknologi 'Thin Film' kini semakin diterima pakai di pasaran antarabangsa, seperti di Amerika Syarikat dan Jepun. Ianya mempunyai reka bentuk yang estatik dan sangat sesuai bagi projek BIPV.


Kini kami berupaya untuk membekalkan Panel Solar PV jenis 'Thin Film'.