English   |    B.Malaysia
Komitmen Kami Terhadap Keselamatan
Adakah Sistem Photovoltaic Selamat?

Sistem-sistem Solar PV kami adalah selamat digunakan sekiranya dipasang dengan cermat dan menggunakan komponen-komponen yang bermutu. Secara amnya, adalah disyorkan supaya Sistem Solar PV ini dinyah-aktifkan sebelum membuat sebarang kerja-kerja penyelenggaraan. Ini adalah penting untuk memastikan risiko kejutan elektrik dapat dielakkan. Sistem solar PV yang menggunakan kabel, pendawaian elektrik dan kekotak simpang (junction box) yang berkualiti rendah boleh mengakibatkan kebakaran.


Di NuSolar, kami hanya bekerjasama dengan pembekal yang menggunakan produk-produk yang menerima pensijilan terkini daripada TUV. Sila pastikan sijil panel solar anda sentiasa dikemaskini kerana kebanyakan pensijilan TUV hanya sah dalam tempoh 2 tahun. Seperti yang ditegaskan, kami menilai semua komponen penting dalam panel termasuk jenis-jenis polimer yang digunakan.


Kami menjalinkan kerjasama dengan syarikat Leoni, iaitu pembuat kabel dan wayar yang terkenal yang berpusat di Switzerland. Melalui Leoni kami dapat menjamin fungsi kabel yang digunakan dalam sistem adalah selamat selama 21 tahun, iaitu tempoh kontrak REPPA dengan TNB. Kabel-kabel ini dijamin selama 25 tahun dan diperbuat daripada bahan kalis api. Kami telah menguji kabel-kabel ini dan yakin bahawa kabel Leoni ini tidak akan gagal berfungsi.



Tidak Mempercayai Perjanjian REPPA bersama TNB?

Kami menjamin bahawa kontrak yang dimeterai dengan pihak TNB adalah terikat dengan perundangan. Ini bermakna tindakan perundangan boleh diambil sekiranya pihak pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan atau pihak TNB gagal melunaskan bayaran.


NuSolar juga mampu membuat sistem yang tidak disambungkan ke grid sekiranya pengguna ingin menggunakan kuasa yang dijananya sendiri. Sistem ini membolehkan bekalan kuasa daripada TNB diguna-pakai sekiranya pancaran matahari tidak dapat memberikan tenaga yang mencukupi untuk kegunaan rumah.