English   |    B.Malaysia
Crystalline Photovoltaic Technology
Bagaimanakah Sel Solar Crystalline Photovoltaic Berfungsi?

Sebuah sel solar dalam bentuk Crystalline secara amnya dihasilkan daripada silikon asas gred solar ataupun medikal(perubatan) gred solar. Ianya wujud dalam bentuk Polycrystalline (poly si) dan Monocrystalline (c-si).


Sel Monocrystalline secara amnya dianggap lebih cekap daripada Sel Polycrystalline, namun dari segi keberkesanan pembuatannya iaitu berbentuk struktur silinder dan tidak dapat melitupi sebuah permukaan yang berbentuk segi empat. Ini menyebabkan ia memerlukan lebih banyak kuantiti bahan bagi setiap satu meter persegi.


Polycrystalline dahulunya dianggap kurang cekap daripada Monocrystalline. Ia adalah lebih cekap kerana mempunyai keupayaan untuk dibentuk kepada segi empat sekaligus melitupi permukaan empat segi dan mengurangkan pembaziran bahan silikon. Ini boleh mengurangkan kos pembuatan dan sekaligus meningkatkan keberkesanan pengeluaran.


Kedua-dua sel ini berfungsi atas prinsip penyerapan sinaran matahari bagi “menguja/menarik” elektron yang menghasilkan arus elektrik AT dan diubah kepada arus AU melalui penggunaan sebuah Grid Inverter atau Inverter Off Grid. Grid Inverter memastikan arus AU ini sepadan dengan rangkaian grid dan membolehkan penjanaan tenaga elektrik boleh dibaharui ini disalurkan kepada rangkaian grid pengguna yang lain.



Kekotak Simpang(Junction Box)

Solar Cell

Kekotak Simpang ini ditempatkan di bahagian belakang Panel Solar. Ia berperanan untuk menyalurkan arus elektrik AT yang dijana oleh 72 sel modul solar melalui jalinan rantaian panel.

Secara amnya, kekotak simpang yang berkualiti hendaklah mempunyai pensijilan TUV dan menggunakan kabel jenis kalis api seperti yang digunakan pada kabel dan Kekotak Simpang Leoni. Kekotak simpang yang tidak berkualiti boleh mengakibatkan kepincangan elektrik dan menjurus kepada kebakaran. Oleh itu, adalah penting untuk memilih kekotak simpang yang mempunyai pensijilan TUV.

Sel Solar

Solar Cell

Sel solar merupakan nadi kepada sistem solar Photovoltaic. Ia berperanan dalam penukaran sinaran matahari kepada tenaga elektrik melalui suatu proses yang digelar “Pengujaan Pembawa Sinaran” ataupun Kesan Photoelectric sepertimana yang dinyatakan oleh Albert Einstein pada tahun 1905.

Sel-sel solar yang bermutu tinggi mampu mencapai tahap kecekapan di antara 16% - 18% dengan jangka hayat melebihi 25 tahun.

Lapisan-Lapisan Sel Solar

Lapisan-Lapisan Sel

Sebuah panel solar terdiri daripada 5 lapisan yang dicantum bersama bagi memastikan ianya tidak bersentuhan dengan sebarang elemen yang lain. Kerangkanya diperbuat daripada aloi aluminium yang berkualiti tinggi manakala kacanya mampu menahan hentaman. Ianya diperbuat daripada Ethyl Vinyl Acetate ( EVA), iaitu sejenis bahan yang boleh menyerap tekanan. EVA yang tidak bermutu boleh menyebabkan kebakaran. Oleh itu, hendaklah memilih panel-panel yang telah disahkan oleh TUV.