English   |    B.Malaysia
NuSolar
Siapakah Kami dan Bagaimanakah Kami Dapat Menolong Anda?

NuSolar telah ditubuhkan pada tahun 2012 oleh En. Yip Loong Heng, seorang Pemaju bersama dengan Pengarah Eksekutif En. James Sundram. Mereka mempunyai pengalaman terkumpul sebanyak 60 tahun dalam industri pembinaan di Malaysia. Cik Nur Nathassa dilantik sebagai Pengarah dan Jurutera Elektrik. Beliau telah berkhidmat untuk Nusolar sejak penubuhan syarikat dan bertanggungjawab untuk membantu menguruskan Nusolar.

Tidak lama kemudian, En. Jason Sundram menyertai Syarikat NuSolar sebagai Pengarah Urusan setelah menyempurnakan pengajiannya di Australia. Pada pertengahan tahun 2013, Pn. Joy Rajaratnam juga menyertai NuSolar.

Kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia mampu menjadi pengeluar Tenaga Boleh Dibaharui. Dengan cara ini, kita dapat membantu mengurangkan kesan-kesan yang merbahaya seperti Karbon Dioksida (CO2) yang terhasil akibat penggunaan bahan api fosil. Kebanyakan sumber tenaga di Malaysia dijana oleh Stesen Janakuasa Gas, di mana penghasilan gas CO2 berlaku setiap hari. Kita mampu memerangi pencemaran ini melalui solar PV kerana ia tidak melibatkan pencemaran dan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.




Pihak Pengurusan

James Sundram
Pengasas - Pengarah Eksekutif

James telah bergiat dalam industri Pengubahsuaian dan Pembinaan lebih daripada 30 tahun.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dan pernah berkhidmat sebagai Guru, ini membolehkannya menerangkan maklumat sistem PV kepada pelanggan dengan cara yang mudah difahami.

Joy Rajaratnam
Pengarah Eksekutif

Joy pernah menerajui Joy Sdn. Bhd., sebuah syarikat Hartanah yang memiliki dan menguruskan sebanyak 20 aset hartanah di kawasan Jalan U Thant, Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalam menguruskan aset hartanah mewah yang ekslusif dan berprestij.

Beliau pernah menjadi Ketua Jabatan di MARDI dan Ketua Pegawai Kewangan untuk Joy Sdn. Bhd. Berlandaskan pengetahuan dan pengalaman ini, beliau mampu menggunakan kemahiran Pengurusan dan Perakaunan dalam menjayakan operasi syarikat ini.


Jason Sundram
Pengarah Urusan

Jason telah mengasaskan Malayan Restorers Sdn. Bhd. untuk memperkenalkan kaedah pembinaan mampan serta teknik perkebunan eko-bandar di Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang Pembinaan, Kewartawanan, Pengurusan Jualan serta Komunikasi dan Perhubungan Awam membolehkan beliau memberi perkhidmatan kepada pelanggan NuSolar untuk menikmati produk terkini dalam arena Tenaga Boleh Dibaharui dengan harga yang berpatutan.