English   |    B.Malaysia
Solar 'Thin Film' – Perumahan

Syarikat Ample Sun merupakan salah satu pengeluar utama produk Solar PV jenis 'Thin Film' dari Negara China. Melalui kerjasama dengan Ample Sun, kami dapat membekalkan teknologi Amorphous Silicon atau a-Si yang terkini. Bagi pengguna yang menginginkan produk mesra alam dan bersesuaian dengan keadaan pencahayaan rendah, 'Thin Film' PV merupakan pilihan alternatif yang lebih baik berbanding Crystalline.


Syarikat AmpleSun Solar Tech yang ditubuhkan pada tahun 2008, mempunyai rangkaian pengeluar modul solar jenis 'Thin Film' yang moden daripada ULVAC, Jepun. Ia diperbuat di dalam sebuah bilik bersih seluas 47,000 meter persegi yang terletak di Zon Eksport berhampiran dengan Bandar Shanghai. Syarikat Amplesun merupakan syarikat yang terawal dalam pengeluaran Panel Solar jenis 'Thin Film' dengan mempunyai kecekapan keberkesanan yang tinggi dalam mencapai tahap pengeluaran berskala besar. Ia juga merupakan syarikat negara China yang pertama mendapatkan perakuan pengesahan TUV Rheinland dan membekalkan panel solar jenis 'Thin Film' berkualiti tinggi ke seluruh dunia.


Di samping itu, AmpleSun juga tersenarai di California dan Suruhanjaya Tenaga Florida sebagai pembekal. Produk-produk mereka juga diperakui oleh TUV Rheinland serta mendapat pensijilan FFC dan CE.


Panel Solar PV jenis 'Thin Film' boleh dipasang secara menegak dan digunakan dalam Bangunan Bersepadu Photovoltaics (BIPV).


Ciri - Ciri:

1.   Prestasi yang cemerlang walaupun dalam keadaan Pencerahan Rendah
2.   Penukaran keberkesanan kecekapan yang tinggi
3.   Penutup kedap udara yang ringan dan mampu membatasi piawaian 1000 jam ujian panas – lembap




ASG100 – 100W Panel Tanpa-Rangka

ASG100 - 100W Solar Panel

ASG100 – 100W konfigurasi panel dwi-glass tanpa rangka yang boleh dibekal dalam warna-warna khusus






Panel Amorphous Silicon PV daripada AmpleSun

                   Amorphous Silicon Solar PV


Panel Gelas Lutsinar

Thin Film See Through Panels

Dibekalkan daripada 0.05W sehingga 100W, panel-panel Gelas Lutsinar ini boleh ditempah mengikut saiz dan warna yang dikehendaki




Projek-projek oleh AmpleSun

BIPV Singapore Solar Project

Projek BIPV 300kW di Singapura


100kW Macau Solar Project

Projek 100kW di Macau