English   |    B.Malaysia
Fungsi Storan Solar
IMEON 3.6 Smart Grid Inverter

    IMEON 9.12 Smart Grid Inverter

Dengan kenaikan kos tenaga dan penurunan tarif FiT, kita seharusnya mengoptimumkan kegunaan tenaga yang dijana sendiri untuk kegunaan seharian. Sistem ini mampu menyimpan tenaga solar yang berlebihan dan digunakan pada waktu yang diperlukan.


IMEON 3.6 Smart Grid Inverter merupakan penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Ia menggunakan kuasa solar dengan menyimpan kapasiti yang tidak digunakan. Kuasa solar yang disimpan tersebut hanya akan digunakan apabila diperlukan. Gunakan tenaga solar atau simpan dalam grid inverter.




IMEON 9.12 Smart Grid Inverter

    IMEON 9.12 Smart Grid Inverter

IMEON 9.12 menguruskan pelbagai sumber tenaga (Solar, Bateri, Grid) melalui sistem mikro-pemprosesan bersepadu. IMEON 9.12 dapat mengawal penggunaan tenaga mengikut keadaan dan keperluan pengguna, seterusnya mencapai prestasi yang optimum.

IMEON 9.12 sesuai dengan semua jenis pemasangan / kegunaan sendiri dengan atau tanpa penyimpanan, sesuai dipasang di kawasan terpencil ataupun di kawasan padat. Ia boleh menjual keseluruhan pengeluaran solar atau hanya lebihan solar dan mempunyai sistem back-up bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS Back-up).




Kelebihan Fungsi Storan Solar IMEON

Sistem penyimpanan tenaga dan Smart Battery yang efisien

IMEON hanya menyimpan lebihan pengeluaran tenaga solar dan membekalkan tenaga bateri hanya jika ia diperlukan; ataupun selepas tenaga solar hampir habis digunakan.

Dengan adanya IMEON Smart Battery, IMEON 9.12 menghadkan penyimpanan tenaga solar di grid dan mengoptimumkan integrasi solar grid melalui "peak shaving". IMEON adalah selamat digunakan kerana mematuhi program simpanan Jerman "KfW Speicherförderungsprogramm 275".



Semua-Dalam-Satu

Fungsi Storan Solar IMEON cekap dalam mengeksploitasi tenaga solar.

IMEON solar storage diagram


Kadar Efisiensi Yang Tinggi

IMEON dapat mengurangkan kos tenaga solar kWh sebanyak 30% berbanding dengan (Off-Grid) sistem tradisional dengan meminimumkan penggunaan penyimpanan tenaga. IMEON memberi keutamaan kepada penggunaan tenaga solar terus dari sumber matahari, dan hanya menyimpan lebihan pengeluaran solar.



Smart Monitoring

IMEON Apps

Penggunaan Fungsi Storan Solar IMEON dapat dipantau dengan mudah melalui aplikasi Android IMEON WEBCARD ataupun IMEON MANAGER. Aplikasi-aplikasi ini dapat dimuat-turun secara percuma melalui Google Play.



Teori Pelaksanaan

Solar Storage workflow diagram

Tenaga yang dijanakan akan disalurkan kepada peralatan elektrik terlebih dahulu, dan selebihnya disimpan di dalam bateri. Apabila bateri penuh, tenaga elektrik akan disalurkan kepada grid.