English   |    B.Malaysia
Lampu Solar LED

Lampu Solar LED kini semakin popular dan telah mula digunakan secara meluas. Ia mempunyai jangka hayat sehingga 60,000 jam (kira-kira 17 tahun) dan sangat jimat tenaga. Ia menggunakan 90% kurang tenaga berbanding lampu pijar ataupun lampu pendarfluor.

Sistem Lampu LED menggunakan bahan semikonduktor dan bukannya filamen atau gas neon seperti yang digunakan dalam lampu mentol, lampu pijar atau lampu tiub pendarfluor. Disebabkan penggunaan tenaga yang sangat rendah oleh sistem lampu LED ini, ia secara tidak langsung telah dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan kos operasi jangka panjang.

Di NuSolar, lampu solar LED kami adalah produk mesra alam. Ia diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik, boleh dikitar semula dan mesra alam. Semua produk lampu LED kami telah diuji di Malaysia.

Produk-produk Lampu Solar LED yang boleh didapati di NuSolar adalah seperti berikut:




Lampu Solar Moon

Socreat Solar Moon Light image

Socreat Solar Moon Light with adjustable solar panel

image showing Solar Moon Light with 360 adjustable angle

Ciri-ciri:

  • Mempunyai sistem kawalan jauh (remote control).

  • Wireless. Panel solar, LED, bateri litium, mikro-pengawal dan aksesori lain turut disertakan. Mudah dan bergaya.

  • Sistem pengawal mikro-komputer menggabungkan sistem sensor, sistem kawalan cahaya dan sistem kawalan masa dengan sempurna. Lebih jimat tenaga.

  • Pemasangan mudah dalam masa 2 minit. Tiada kabel diperlukan.

  • Panel solar sudut laras (berputar 360°), memastikan penggunaan tenaga solar yang lebih efisien.

  • Keterangan cahaya lampu boleh mencapai sehingga 160lm/w. Terang walaupun dalam watt lebih rendah.

  • Jangka hayat bateri yang lebih lama. Menggunakan bateri litium dan bukan bateri gel tradisional.

  • Boleh berfungsi selama 4-5 hari beturut-turut ketika hujan.

  • Mudah diangkut.




T8 Motion Sensor LED

Socreat Motion Sensor Light image

Ciri-ciri:

  • Bercahaya tinggi sehingga 95LM/W.

  • Pelesapan haba yang baik.

  • Lampu LED mencapai keterangan penuh serta-merta.

  • Mudah dipasang; boleh digunakan untuk menggantikan lampu pendarfluor secara langsung.

  • Tiada kelipan, tiada cahaya berkelip seperti lampu neon, baik untuk mata.



Ciri-ciri canggih teknologi Motion Sensor dan Radar dalam Tube LED T8:

  • Teknologi radar kawalan jauh dapat mengesan pergerakan ambien dengan bijak.

  • Teknologi auto-sensor dalam lampu dapat menerima dan menghantar isyarat yang akan menyesuaikan keterangan cahaya mengikut keadaan yang berbeza.



Aplikasi

  • Tempat letak kereta

  • Tandas awam

  • Laluan koridor

  • Gudang-gudang

  • Perhentian bas