English   |    B.Malaysia
Panel Solar Jenis Crystalline

Hasil daripada kerjasama yang dijalinkan bersama Syarikat Suntellite, iaitu pembekal utama kami, kami mampu menyediakan Panel Photovoltaic jenis Monocrystalline dan Polycrystalline yang terkini dan dijamin selamat.


Dengan adanya bangunan kilang yang baru berhampiran Bandar Huangzhou, Syarikat Suntellite sangat komited dalam pengeluaran produk-produk yang mematuhi piawaian Eropah dan Amerika Syarikat. Melalui kerjasama dengan Universiti Zhingjing di Bandar Huangzhou, ia juga memiliki sektor Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang besar, sehingga berupaya membangunkan teknologi tersendiri.




Panel Jenis Polycrystalline

                   Polycrystalline Panels

Panel Jenis Polycrystalline daripada Suntellite mempunyai hayat kegunaan yang dijamin selama 25 tahun dan diperakui sah oleh TUV. Kesemua komponen di dalam panel turut mendapat perakuan TUV termasuk gelas dan sokongan filem EVA.






Panel Jenis Monocrystalline

                   Monocrystalline Panels

Panel Jenis Monocrystalline daripada Suntellite mempunyai hayat kegunaan yang dijamin selama 25 tahun dan diperakui sah oleh TUV. Kesemua komponen dalam panel turut mendapat perakuan TUV termasuk gelas dan sokongan filem EVA.






Projek-Projek Dihasilkan Oleh Suntellite

Suntellite Zhejiang Solar Roof project

Universiti Zhejiang – Projek Penjanaan Kuasa PV 300kW Untuk Bumbung Bangunan Bersepadu (BIPV)


Suntellite Dunkirk project

Sistem Bumbung Solar di Dunkirk, Perancis


Suntellite Madrid Airport project

Penyambungan Stesen PV Kepada Grid di Lapangan Terbang Madrid, Espanyol