English   |    B.Malaysia
Projek Komersial – Bagi Projek-Projek Berskala Kecil dan Besar

Berlandaskan pengalaman selama 30 tahun dalam industri pembinaan, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan sepertimana yang dijanjikan menerusi projek-projek komersial; bermula daripada proses rekabentuk awal, kecekapan, pengurusan projek sehinggalah kepada penyerahan akhir.



Inverter TBEA Solar 1MW

   TBEA 1MW Inverters

Inverter ini sangat tahan lasak dan telah diuji dalam keadaan cuaca ribut serta sesuai digunakan dalam semua jenis kawasan. Ia lengkap dengan sistem penyejukkan dalaman yang membolehkan ia digunakan dalam iklim panas dan lembap, seta menjanjikan kelancaran operasi ladang solar anda.



Komersial Inverter TBEA Solar 50kW dan 100kW

   TBEA 50KW Inverters

Kami telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan TBEA Solar yang merupakan pakar dalam pelaksanaan projek-projek komersial yang berskala kecil dan besar. Dengan kelebihan teknologi transformer serta sistem “semua dalam satu inverter”, ini membolehkan penyambungan sistem PV secara terus kepada rangkaian Grid sehingga ke 500kW.

Dengan ini, Pulangan Pelaburan anda akan diperolehi lebih cepat daripada dijangka. Inverter ini terlindung daripada kilat serta nyahcas arus static kerana adanya alat Pelindung Penebat.



Komersial Inverter TBEA Solar 100kW dan 500kW

 Solar Monocrystalline Panels

Inverter TBEA Solar 100kW dan 500kW ini sangat praktikal dan berdaya tahan.



Projek-Projek Domestik TBEA

TBEA Shanghai railway project

Projek BIPV 6.6MW Stesen Keretapi Shanghai Hongqiao


TBEA Wuhan railway project

Projek BIPV 2.4MW Stesen Keretapi Wuhan


Grid-connected Power Station Yunan project

Projek PV Penyambungan Grid 10MW di Stesen Janakuasa Sungai Huaneng Lancang, Wilayah Yunan


TBEA Ningxia power station project

Projek PV Penyambungan Grid 10MW di Stesen Janakuasa Sun Mountain, Wilayah Ningxia


Hade for Desert Highway solar project

Stesen Solar Pumping di seksyen Hade Lebuhraya Desert


Xinjiang power station project

Projek Off Grid 500kW bagi Stesen Janakuasa Daerah Ruoqiang di Wilayah Xinjiang




Solar Street Lights & Garden Lights

Kini, NuSolar juga dapat menyediakan lampu jalan menggunakan kuasa solar dari Heda Solar. Tenaga solar yang dikumpul melalui panel photovoltaic ketika waktu siang akan menyalakan lampu-lampu jalan ini yang menggunakan LED.

Lampu-lampu jalan yang berkuasa solar ini dapat menerangi jalan dan lorong di sekitar bandar dan taman-taman rekreasi.


HEDA street light by day

Lampu Jalan - waktu siang



HEDA street light by night

Lampu Jalan - waktu malam



HEDA garden light

Lampu Jalan di taman



HEDA garden light

Lampu Jalan di taman