English   |    B.Malaysia
Mengapa Memilih Kuasa Solar?

Penjanaan tenaga elektrik daripada sinaran Matahari bukanlah suatu perkara yang baru. Malah panel solar telah berada di pasaran sejak 50 tahun yang lalu. Tahun 50an dan 60an adalah tahun pengeluaran awal teknologi panel solar, tetapi tidak mendapat sambutan meluas kerana banyaknya sumber minyak ketika itu terutama di kawasan timur tengah. Namum menjelang tahun 1970 masyarakat dunia mulai sedar akan kesan kebergantungan kepada minyak. Dalam era 80an dan 90an sumber-sumber minyak mula diperoleh secara paksaan atau melalui tawaran. Malah, ahli sains juga telah membuktikan punca utama perubahan cuaca dunia adalah daripada pencemaran udara CO2 yang terhasil daripada kegiatan manusia dan penggunaan bahan api fosil.



Mengekang Peningkatan Suhu dan Perubahan Cuaca

Paras suhu dunia akan semakin meningkat sekiranya kita meneruskan kegiatan pencemaran atmosfera melalui gas CO2. Peningkatan suhu ini akan menjurus kepada peningkatan kedalaman paras air laut dan menyebabkan perubahan cuaca yang ekstrim. Persatuan bangsa-bangsa bersatu telah menetapkan beberapa langkah bagi mengawal pengeluaran CO2 kerana fenomena ini semakin ketara.



Sumber Tenaga Yang Bersih

Tenaga yang dijana daripada Panel Solar Photovoltaic (PV) merupakan sumber tenaga yang bersih kerana ianya hanya mengunakan sinaran matahari bagi menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia merupakan sebuah negara yang menerima banyak sinaran matahari disepanjang tahun, sebagai contoh Kawasan Lembah Kelang menerima sinaran matahari dengan kadar purata 3.5 jam sehari. Justeru itu, aplikasi sistem solar amat sesuai digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Sebuah sistem berkuasa 4kW mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk sebuah rumah bersaiz sederhana besar.



Siapa Yang Boleh Memohon Untuk FIT?

Sesiapa sahaja yang memiliki premis perumahan ataupun komersial boleh memohon FIT. Walaupun FIT tidak dapat dipohon oleh pemegang hakmilik strata, mereka masih boleh menggunakan 'Sistem Off Grid' bagi menggantikan sumber tenaga elektrik. NuSolar kini dapat membekalkan teknologi terkini penstoran tenaga menggunakan bateri bagi membantu pemilik hakmilik strata memiliki sistem solar sekaligus mengurangkan penggunaan bil elektrik TNB.



Harga Berpatutan Dengan Pulangan Pelaburan Yang Baik

Disebabkan pengeluaran panel-panel solar dari negara China kian meningkat, maka harga panel solar Photovoltaic telah menurun sejak dua tahun kebelakangan ini. Kini tiba masanya untuk memiliki satu sistem untuk bumbung anda. Tenaga elektrik solar adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk menangani masalah perubahan cuaca. Pilihan anda pada hari ini akan dihargai oleh generasi akan datang. Sila hubungi kami untuk memasang sebuah sistem solar PV di atas bumbung anda.