English   |    B.Malaysia
Insentif Kerajaan (FIT)

Feed in Tariff (FIT) telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan merupakan langkah yang signifikan bagi Negara Malaysia dalam menuju era penggunaan Tenaga Hijau dan mampan. FIT merupakan suatu kelegaan apabila dibandingkan dengan peningkatan kadar harga tenaga elektrik sedia ada. Kebanyakan premis perumahan dengan sistem 12kW mampu menjana pendapatan sebanyak 2.5 kali lebih tinggi bagi setiap kW yang dibayar dalam bil-bil elektrik.



solar cycle


Bagaimanakan Ia Menjadi Kenyataan?

SEDA bersama-sama dengan Kerajaan Malaysia telah membangunkan suatu mekanisme yang mengenakan levi tenaga sebanyak 1% terhadap semua premis perumahan yang merekodkan perbelanjaan melebihi RM 75 pada bil elektrik masing-masing. Hasil pungutan levi ini digunakan untuk membayar premis perumahan yang mempunyai Perjanjian Perkongsian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (REPPA) dengan TNB. Levi ini akan meningkat dengan kadar 2% pada masa yang akan datang.


Berapa Banyak Pendapatan Yang Boleh Diperoleh Daripada FIT?

Jumlah pendapatan yang boleh dijana akan berubah dari tahun ke tahun kerana SEDA telah menetapkan suatu Kadar Penurunan ke atas FIT. Pada tahun ini, para pemilik premis perumahan dapat menikmati purata sebanyak RM 1.16 bagi setiap kW jam selama 21 tahun, yang mana pihak TNB mengenakan cas sebanyak RM 0.50 bagi kuantiti yang sama. Sebuah sistem 4kW boleh memberikan pulangan sebanyak RM 107,000 sepanjang tempoh kontrak 21 tahun bersama TNB. Kos modal bagi sistem sebegini hanya berjumlah RM 38,000.00. Secara amnya , anda dapat menikmati pulangan sebanyak 13% - 14% setahun.


•   Sila layari www.seda.gov.my bagi mendapatkan kadar FIT yang terkini.


Siapa Yang Boleh Memohon Untuk FIT?

Sesiapa sahaja yang memiliki sebuah premis perumahan ataupun komersial boleh memohon untuk FIT. Walaupun FIT tidak dapat dipohon oleh pemegang hakmilik starta, mereka masih boleh menggunakan Sistem Off Grid bagi menggantikan sumber tenaga elektrik mereka. NuSolar kini dapat membekalkan teknologi terkini penstoran tenaga di dalam bateri bagi membantu pemilik hakmilik strata untuk memiliki sistem solar.


Bagaimanakah Saya Boleh Memohon Untuk FIT?

Sesiapa sahaja boleh memohon FIT melalui laman web SEDA. Terdapat beberapa perkara yang perlu diisi dalam permohonan ini dan kesemua maklumat boleh didapati daripada SEDA. Pihak SEDA hanya akan meluluskan suatu sistem yang disahkan oleh seorang Jurutera Elektrik yang bertauliah dan pereka bentuk sistem Solar PV. Syarikat sistem perkhidmatan seperti NuSolar akan melaksanakan kesemua kerja-kerja rumit ini secara percuma setelah anda membeli sistem Solar PV dari kami.



FIT Rates for Solar PV (21 years from FIT Commencement Date)

Keterangan Mengenai Kelayakan Pemasangan Tenaga Boleh Dibaharui         Kadar FiT
    (RM per kWj)
(A) Kadar Asas FIT dengan Kapasiti Pemasangan :    2014    2015
(i) Sebanyak dan termasuk 4kW 1.0184 0.9166
(ii) Melebihi 4kW sehingga dan termasuk 24kW 0.9936 0.8942
(iii) Melebihi 24kW sehingga dan termasuk 72kW   0.7222
(B) Syarat bagi Mendapatkan Kadar Bonus FIT :    2014    2015
(i) Digunakan dalam pemasangan bangunan atau struktur bangunan +0.2153 +0.1722
(ii) Digunakan sebagai bahan binaan +0.2070 +0.1656
(iii) Menggunakan modul-modul Solar PV yang diperbuat atau dipasang di dalam negara +0.0500 +0.0500
(iv) Menggunakan inverter solar yang diperbuat atau dipasang di dalam negara +0.0500 +0.0500